Saturday, 9 July 2011

Cara mengempiskan perut yang buncit

 Di bawah ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang cara-cara mengempiskan perut yang buncit.Petua ini saya petik dari Laman Petua Nenek dan juga pengalaman saya sendiri..Ok,di bawah ini terdapat beberapa petua yang mengatai masalah ini :


1) Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya
minum air 10 hingga 20 minit selepas makan.Ini bagi memberi ruang kepada makanan untuk dinyahkan dulu sebelum kehadiran air.

2) Selain itu,petua ini juga berguna kepada wanita selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
  • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


3) Selain itu,anda juga boleh membuat senaman yang khusus untuk bahagain abdomen perut bagi mengekalkan perut yang langsing.Jika anda bersenam di gim,anda boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar senaman di situ bagaimana cara untuk membuat senaman ini.


Selamat beramal..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

1 comment: