Monday 25 July 2011

Khasiat Madu Gurun




Madu terbaik dan ubat pertama di dunia . Madu lebah yang didapati dari gua-gua di gurun pasir tanah arab, yang diamalkan oleh para Nabi sebelum nabi kita Muhammad S.A.W, termaktub dalam Al-Quran dan Hadith. Madu ini juga merupakan ubat utama yang digunakan oleh IBNU SINA.

Doktor pertama di dunia sebagai rujukan ahli medik. Berkesan mengubati 1001 penyakit luaran mahupun dalaman yang ringan mahupun kronik. Juga sebagai antibiotik luarbiasa serta pembina stamina tubuh manusia.Madu gurun ini diambil dari gua-gua di bukit-bukit gurun pasir tanah kehidupan para Nabi ALLAH Sulaiman, Salleh, Ayyub, Syuib, Daud, Hud dan lain-lain lagi yang bukan mudah untuk didapati begitu sahaja (bukan madu ternak).


Keistimewaan madu ini tidak sama dengan madu-madu lebah lain di dunia kerana permakanannya sudah merupakan ubat-ubat penyakit. Bungan dan Buah Dom yang tidak terdapat di dunia lain kecuali di kawasan ini *terdapat di dalam riwayat Nabi Sulaiman a.s.

 

BUNGA & BUAH KURMA - mempunyai 27 hikmah sebagaimana diceritakan di dlm Al-Quran surah Maryam.

BUNGA HABBAH SAUDA (bijirin hitam) - kelebihannya terdapat di dlm Hadis Nabi.

BUNGA BARSIM - merupakan makanan utama unta, binatang tunggangan yg terkenal kuat, mampu mengangkat bebanan 3 hingga 5 kali berat tubuhnya.

BUNGA ZAITON - berkhasiat untuk kulit

BUNGA & BUAH TIN, BUNGA BIJAN, BUNGA POKOK SABIR (JADAM)

Pokok yang tersebut di atas ini adalah pokok-pokok yang tahan walaupun kekurangan air ianya masih tumbuh. Dari itu nilai zat-zatnya yang kuat dan tinggi inilah yang menyebabkan khasiat madu gurun ini yang terbaik malah boleh dikatakan berpuluh kali ganda daripada madu-madu yang lain didunia, yang mesti kita akui. Madu Gurun ini tidak perlu disimpan di dlm peti sejuk mahupun menggunakan bahan -bahan pengawet(penahan), malah Madu Gurun ini digunakan sebagai bahan anti karat yang tidak rosak walaupun beribu-ribu tahun, Hanya hindari (jaga) daripada serangga atau semut kerana ia adalah makanan yang manis dan lazat.



                                           Madu Gurun Dari  Yaman..








Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya sila sms ke saya terus di 012-9466547


Semoga perkongsian ini berguna kepada anda semua..








Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Sunday 24 July 2011

Khasiat Gula Stevico yang boleh menggantikan gula

Ok,hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang khasiat tentang stevia ataupun dikenali daun manis boleh menjadi pengganti manisan untuk peakit kencing manis.Ia dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi.Ia juga dikenali sebagai gula tebu.

APA ITU GULA ???
 Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!




Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.

INFO ! - Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan)

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?

Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu.

Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.


BAHAYA PENGGANTI GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN

Hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.

Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Gula Sintetik Lain - Sukralose.


 Ok,di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang khasiat Gula Stevico (Nano Stim Of Japan) yang diekstrak 100% dari daun Stevia.Antara khasiatnya ialah :

  1. Gula alternatif untuk pengidap kencing manis
  2. Menurunkan kadar gula dalam darah
  3. Berupaya menghasilkan insulin
  4. Kosong kalori dan glukos
  5. Tonik jantung dengan menstabilkan tekanan darah serta denyutan jantung
  6. Mengurangkan keradangan
  7. Membantu menurunkan berat badan
  8. Boleh digunakan dalam masakan
  9. 1/2 kilo bersamaan 7 kilo gula biasa
Setakat ini sahaja untuk perkongsian saya kali ini.Ingatlah kesihatan adalah nikmat yang patut kita jaga kerana jika kita ada penyakit kita akan rasa hidup kita tak bermakna lagi kerana tak dapat membuat banyak perkara..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaptkan produk ini,sila emel di serikandifajar@gmail.com @ inbox je saya di fb : Serikandi Fajar





Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Monday 11 July 2011

6 Petua Mencerahkan Wajah

Hari ini saya ingin kongsikan petua tradisional untuk mencerahkan wajah.Kini terdapat pelbagai barangan kosmetik yang kebanyakannya mengandungi bahan yang x tulen.So,apa kata kita gunakan cara tradisional pulak untuk cerahkan wajah.

Gunakan Air Basuhan Beras
Untuk menghindari jerawat.Air basuhan beras yang pertama dapat membantu anda mengurangkan jerawat dan ianya sangat berkesa.Kalau nak tahu hasilnya,mestilah cuba di rumah.

Tepung Beras dan Kunyit
Tahukah anda yang kunyit membantu mengecutkan jerawat yang baru nak timbul selain mencerahkan parut-parut.Ok,caranya ialah kacau tepung beras dan kunyit dengan air bersih.Kemudian digosok di muka dan tempat-tempat lain yang ada jerawat macm di atas belakang kerana ada juga orang yang ada jerawat di belakang.Tunggu hingga kering sebelum dibasuh bersih..

Ubi Kentang
Memang sukar untuk menghilangkan parut dan kesan jerawat.Caranya mudah dan murah dengan menggunakan kulit kentang lalu tampal ke bekas jerawat.

Limau Nipis
Goreng beras yang dah dibasuh dan kemudian ditumbuk sehingga halus seperti serbuk.Simpan dalam botol.Jika mahu guna,campur dengan sedikit air limau nipis dan gosok pada wajah.Biarkan kering dan kemudian basuh hingga bersih

Putih Telur
Cara berkesan menghilangkan bintik hitam di muka dan kawasan hidung adalah dengan meletakkan putih telur di muka.Biarkan kering supaya mudah untuk ditanggalkan.

Tomato
Lumurkan pada muka.Sebaiknya lakukan pada waktu malam.Setelah agak lama,basuh dengan air yang bersih.


Diharap perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada semua..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Sunday 10 July 2011

Tip untuk Jadi Awet Muda

Di sini saya ingin share dengan anda semua bagaimana cara nak jadi awet muda.Ada beberapa panduan yang saya ingin kongsikan dengan anda seperti di bawah :


1) Lenyapkan mitos menjadi tua 

Ilmuwan berpendapat bahawa semakin anda mempercayai persepsi bahawa dengan semakin bertambahnya usia anda maka ketajaman anda semakin berkurang, maka hal itu akan benar-benar terjadi pada anda. Psikolog Becca Levy, Ph.D. dari Universitas Yale menyelidiki pengaruh psikologis pada pertambahan usia, khususnya pada bagaimana persepsi seseorang mempengaruhi kesihatan fisik dan mentalnya.

Meskipun melalui penelitiannya ia menemukan bahawa orang berusia lanjut yang memiliki pendapat negatif mengenai penuaan memiliki hasil yang lebih buruk dibandingkan dengan orang berusia lanjut yang memiliki pendapat positif seiring dengan bertambahnya usia. Sebagai contoh mereka berpendapat bahwa dengan bertambahnya usia maka mereka pun bertambah bijak.Levy juga menunjukkan bahwa dalam kebudayaan yang memiliki pandangan yang lebih positif terhadap penuaan dibandingkan dengan kebudayaan di Amerika Serikat atau di negara-negara barat lainnya, orang berusia lanjut  mendapat nilai yang lebih baik dalam test memori.

Sebagai tambahan, penelitiannya menunjukkan bahwa orang berusia lanjut dengan persepsi positif terhadap penuaan hidup 7,5 tahun lebih lama dibandingkan dengan orang yang memiliki persepsi negatif. Bahkan gangguan pendengaran juga dapat diprediksi berdasarkan persepsi orang tersebut.


2) Bersihkan gigi anda secara rutin

Penelitian menunjukkan hubungan antara penyakit periodontitis dan cardiovascular. Pertimbangkan hal ini: sebuah penelitian menunjukkan bahwa wanita di bawah usia 50 tahun yang memiliki penyakit periodontal memiliki peluang 2- 6 kali lebih besar untuk meninggal di usia muda dan peluang 3 kali lebih besar untuk meninggal kerana penyakit jantung dibandingkan dengan wanita dengan gigi sihat.Ini disebabkan penayakit  periodontitis adalah kebersihan gigi yang buruk, dan dengan menberus gigi setiap hari, menggunakan berus gigi, serta memeriksa gigi anda ke doktor gigi secara rutin dapat mengurangkan  kemungkinan anda terkena penyakit ini.

Sebagai tambahan, membersihkan gigi dengan berus gigi dan penyumbatan pembuluh darah mempunyai kaitan. Penelitian menunjukkan bahwa bakteria yang ditemukan pada plak gigi merupakan bakteria yang sama dengan yang ditemukan di timbunan lemak yang menyumbat pembuluh darah. Peneliti berspekulasi bahawa bakteri yang berasal dari mulut dapat memasuki pembuluh darah dan menyebabkan jangkitan dan menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. (Sumber: www.realage.com).


3)  Pertahankan sikap positif

Sejak tahun 1986, peneliti yang berasal dari Universitas Kentucky bernama David Snowdon meneliti 678 biarawati untuk menemukan rahsia otak, khusunya apa yang terjadi pada otak seiring dengan bertambahnya usia. Hasil penelitiannya yang dikenal dengan Penelitian Biarawati, berhasil menemukan cara-cara untuk hidup dengan kehidupan mental yang aktif seiring dengan pertambahan usia. Salah satu penemuannya adalah keadaan emosi positif pada usia akan membantu menghilangkan rasa cemas dan dapat memanjangkan usia. Faktanya, terdapat sebuah penelitian yang menunjukkan hubungan antara sikap seseorang dengan kesihatan fisik dan mentalnya.


4) Bersenam
James M. Rippe, M.D merupakan seorang penulis ternama, cardiolog terkemuka, dan pendiri Rippe Lifestyle Institute. Ia menjelaskan bahwa jika anda melihat seluruh hal-hal berisiko tinggi yang menyebabkan kematian, satu hal yang paling mudah dirumuskan adalah kesihatan anda. Sebagai tambahan, seorang berusia lanjut yang memiliki kesihatan jantung yang baik jauh lebih sihat dibandingkan dengan seseorang yang berusia muda namun tidak aktif secara fizikal. 


5) Menangani  stress
Penelitian menunjukkan bahwa antara 60 hingga 90% kunjungan ke psikitris kerana masalah  stress.Stress adalah puca segala penyakit lain seperti sakit jantung,diabetes,darah tinggi dan sebagainya.Oleh itu,anda haruslahh menangani stress anda dengan betul untuk mengelak pelbagai penyakit.


6)  Cukup tidur
Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Universitas Medis Chicago menemukan bahawa kadar tidur yang tak menentu ataupun kurang dari  8 jam akan mempengaruhi kadar glukosa dan fungsi endokrin anda selama 1 minggu. Perubahan ini akan nampak seperti tahap awal jika anda terkena diabetes. Para peneliti juga menyimpulkan bahwa kekurangan tidur bukan hanya menyebabkan anda memiliki awal yang kurang bersemangat setiap harinya,anda juga akan menjadi lebih mudah terdedah  kepada beberapa penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan hilang ingatan.




Semoga bermanfaat kepada semua..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Saturday 9 July 2011

Cara mengempiskan perut yang buncit

 Di bawah ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang cara-cara mengempiskan perut yang buncit.Petua ini saya petik dari Laman Petua Nenek dan juga pengalaman saya sendiri..Ok,di bawah ini terdapat beberapa petua yang mengatai masalah ini :


1) Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya
minum air 10 hingga 20 minit selepas makan.Ini bagi memberi ruang kepada makanan untuk dinyahkan dulu sebelum kehadiran air.

2) Selain itu,petua ini juga berguna kepada wanita selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
  • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


3) Selain itu,anda juga boleh membuat senaman yang khusus untuk bahagain abdomen perut bagi mengekalkan perut yang langsing.Jika anda bersenam di gim,anda boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar senaman di situ bagaimana cara untuk membuat senaman ini.


Selamat beramal..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Wednesday 6 July 2011

Cara Rawatan Kanser Payudara

Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:
Umur
Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas.

Kitaran Haid
Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).

Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi.

Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

Kelahiran Pertama
Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

Sejarah Keluarga
Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini.

Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.

Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:

a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.

**Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
    Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah

Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.

Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.

Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

Dedahan kepada Radiasi
Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.

Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.

Diet yang dapat menentang kanser:
* Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
* Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
* Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
* Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
* Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
* Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
* Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
* Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
* Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
* Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
* Jangan makan makanan yang telah berkulat.
* Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
* Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
* Makan makanan yang banyak kandungan B17

Rancangan pemakanan yang disarankan:

* Kulit ayam/itik mesti dibuang.
* Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
* Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
* Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
* Beli sayuran organik jika mudah didapati.
* Makan cendawan payung, tiram, ****ake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
* Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
* Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
* Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
* Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
* Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
* Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
* Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
* Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.

Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:

* Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula. 


* Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi. 


* Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah 


* Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini. 


* Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat. 


Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik. 


* Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan. 







Semoga perkongsian panduan ini memberi sedikit info cara untuk mencegah dan merawat penyakit kanser..






Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Tuesday 5 July 2011

Jenis-jenis kanser

 Di sini,saya ingin kongsikan beberapa jenis kanser dan simptom-simptomnya.Semoga info ini memberi sedikit info kepada anda tentang jenis-jenis kanser.

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Friday 1 July 2011

Definisi kanser.

Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser.

Tumor malignan atau benigna.

Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain.

Barah merebak ke organ-organ lain.

Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah atau saluran limfa jika ia tidak dirawat.

Penyebab kanser?

Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui. 90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.
Faktor-faktor risiko kanser ialah:
  • Sejarah keluarga kanser.
Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
  • Amalan pemakanan(diet).
Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
Kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
  • Rokok.
Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok.
Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.
  • Tabiat seks.
Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat di usia muda menambah risiko kanser serviks.
  • Sirih dan tembakau
Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
  • Jangkitan hepatitis B.
Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
  • Amalan cara kerja.
Anda terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen.

Langkah-langkah pengesanan awal kanser

Melakukan ujian saringan kanser atau lebih dikenali sebagai pengesanan awal kanser amat penting.
Rawatan segera hasil dari pengesanan awal kanser menambah peluang pesakit kanser untuk terus hidup berkualiti.

Apa yang patut anda lakukan?

9 tanda amaran awal kanser.
Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
  1. Batuk berterusan dan berkahak darah.
  2. Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
  3. Perubahan pada amalan membuang air besar.
  4. Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
  5. Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
  6. Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
  7. Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
  8. Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
  9. Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.
Langkah-langkah pencegahan kanser
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan risiko kanser.
Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
  • Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Tidak merokok
  • Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan sayuran
  • Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan yang seimbang
  • Elakkan hubungan seks rambang
  • Tidak minum alkohol secara berlebihan
  • Elakkan mengunyah sirih dan tembakau serta amalkan penjagaan mulut yang baik
  • Dapatkan imunisasi hepatitis B


Dalam posting seterusnya saya akan kongsikan dengan anda tentang jenis-jenis kanser dan diharap posting kali ini memberi sedikit panduan kepada anda..



Salam Sukses,
Serikandi  Fajar