Saturday, 4 June 2011

TIP AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".  
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.  
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.  
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.  
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.  
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.  
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.  
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.  

Sekiranya tak dapat buat semua,mulakan langkah anda satu persatu,pasti anda boleh buat,selamat beramal..








Salam sukses,
Serikandi Fajar

No comments:

Post a Comment