Selamat berbuka kepada semua..
Semasa menjamu selera tu jangan sampai tak boleh nak solat maghrib dan terawih pulak,hehe..
Selamat Berpuasa semua dan selamat berbuka serta bersahur..=) Ok,disini saya ingin kongsikan dengan anda semua bagaimana cara tak nak bagi kenyang sangat waktu berbuka:
1) Masa berbuka,jangan terus minum air sampai bergelas-gelas,akhirnya perut dah tak boleh nak masuk makanan.Minum air hanya beberapa teguk je dulu sebelum mula makan juadah yang lain.Jangan habis sampi bergela-gelas ye !!
2) Kita disunatkan berbuka dengan buah kurma.So kalau boleh makanlah sebiji @ 2 biji sebagai sunat puasa..kalau tak de kura boleh je minum air maniz tapi jangan la sampai kembung perut tu,hehe..
3)Makan dengan kuantiti yang sikit.Pandai-pandai la budget nak makan banyak mana tapi jangan sampai terlampau kenyang hingga tak boleh solat.Pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang ye supaya perut kita ni dapat digest apa yang kita makan..
4)Anda juga boleh berbuka dengan air dan kurma dahulu,kemudian solat Maghrib terus.Ini bagi mengelakkan solat maghrib lewat dan takut-takut ada yang solat sambl duduk@ solat cara orang sakit,kenapa?kerana terlampau kenyang dan tak larat nak solat.Saya lebih suka cara yang ni kerana lebih selamat,hehe..
Jangan lupa ye semua,disamping kita mengisi perut kita ketika berpuasa,rohani kita juga perl diisi dengan amalan-amalan ibadat dan saya sarankan sahabat semua dapatkan terapi ramadhan untk meningkatkan kualiti amalan kita di bulan puasa tahun ini.Mana tahu tahun depan tak sempat lagi nak sambut Ramadhan..Selamat beramal & selamat berbuka..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
waw baru kali ini saya mendapatkan informasi sebagus ini. serimakasih. ini sangat ermanfaat unruk kami :)
ReplyDeletehttp://www.obatmaagkronisampuh.web.id/obat-flu-tulang-tradisional/